14 November 2013

KHEMAH IBADAH 2013

KHEMAH IBADAH 2013 KINI KEMBALI!!!



Untuk kali ke-5 Rakan Masjid dengan kerjasama Pusat Islam An- Nur Universiti Teknologi Petronas akan menganjurkan KHEMAH IBADAH 2013. Bertemakan "kecil-kecil lagi sudah memimpin"KHEMAH IBADAH 2013 kini tampil dengan penerapan yang lebih khusus berteraskan tiga paksi utama iaitu Maha Pencipta, Rasulullah dan ibu bapa. Melalui ketiga-tiga aspek tersebut, peserta akan didedahkan dengan modul yang kreatif bagi memupuk kecintaan terhadap Allah, Rasulullah dan Ibu Bapa.





TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
TARIKH: 18 DISEMBER 2013- 22 DISEMBER 2013( 5 HARI 4 MALAM)
PESERTA: LELAKI DAN PEREMPUAN
UMUR: 12-16 TAHUN
YURAN : RM199 (SEORANG) 
PAKEJ  
                                                     RM180( PENDAFTARAN 5 ORANG SEKALIGUS)

OBJEKTIF KHEMAH IBADAH 2013
· Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam
· Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah.
· Menanamkan ciri-ciri mukmin yang kuat pegangan aqidahnya, mencintai Rasulullah dan menghormati ibubapa.
· Meningkatkan kreativiti peserta dengan menerapkan kefahaman nilai kebudayaan dan kesenian islam.
· Membimbing peserta untuk memilih biah yang soleh dalam kehidupan seharian dengan mempunyai akhlak yang baik

ANTARA MODUL MENARIK UNTUK ADIK-ADIK

1. MENGHAYATI KEKUASAAN ALLAH
2.BENGKEL AMALI SOLAT
3. KITA DAN KELUARGA
4. IMAM HUNT
5. RASULULLAH DAN TEKNOLOGI
6.MALAM CINTA RASUL... DAN BANYAK LAGI!



SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI KHEMAH IBADAH 2013, SILA HUBUNGI :

EN NAZRIN    > 017-612 9612
atau
CIK HIDAYAH > 019-254 2542
atau
CIK RAIHAN   > 013-431 7962

untuk pendaftaran mudah juga boleh SMS NAMA, UMUR, IC ke salah satu nombor tersebut.


SEKIAN TERIMA KASIH






15 December 2012

Khemah Ibadah 2012

Alhamdulillah.. 

KHEMAH IBADAH 2012 KINI KEMBALI!!




Memiliki anak yang soleh dan solehah adalah impian dan harapan setiap ibu bapa. Untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan anggota keluarga, anak-anak perlulah diterapkan dengan sifat-sifat mahmudah dan ibu bapa juga berperanan sebagai 'role model' yang baik kepada anak-anak dalam mewujudkan sebuah keluarga yang beteraskan Ad-din.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : 
Bersabda Rasulullah s.a.w. : 
"Apabila seseorang telah meninggal dunia 
putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau
 ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya" 
Hadis sahih riwayat Muslim 




TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, TRONOH, PERAK

TARIKH: 18 DISEMBER — 21 DISEMBER 2012 (CUTI SEKOLAH)

TARIKH PENDAFTARAN DI UTP: 18 DISEMBER 2012 

PESERTA : LELAKI DAN PEREMPUAN 

UMUR : 10-19 TAHUN 

YURAN : RM200/orang 



OBJEKTIF KHEMAH IBADAH 


  1. Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam. 
  2. Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah. 
  3. Menanamkan ciri-ciri mahmudah dalam diri anak - anak dan bermanfaat kepada orang lain terutama sekali dalam membina ukhuwwah. 
  4. Menerapkan kefahaman tentang nilai kesenian dan kebudayaan islam. 
  5. Membimbing peserta dalam membina ketahanan fizikal dan pengurusan masa yang bijak melalui pendekatan kreatif dan inovatif. 



MODUL MENARIK UNTUK ADIK-ADIK 


  1. Tadarus Al-Quran 
  2. Amali Solat 
  3. Teknik Pengurusan Masa 
  4. Treasure Hunt 
  5. Tayangan Animasi 
  6. Tips Pelajar Cemerlang 
  7. Pertandingan Reka Cipta 
  8. Malam Kesenian Islam ... dan banyak lagi!


Sebarang pertanyaan mengenai Khemah Ibadah 2012, bolehlah diajukan kepada : 

Ustaz Zuriat Omar : 05-3688504 (Waktu pejabat) 

atau 

En. Syukri Ismail : 0135224347 

atau 

Cik Madina Abdullah : 0193749423 

Terima kasih.