30 November 2011

Sifat mazmumah, mari jauhinya! Bahagian 2

Sambungan lepas

3. Marah
Marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan

Adik-adik, rasa marah ni hendaklah kita jauhinya. Tak elok jika selalu marah-marah pada orang lain. Jika kita terasa hendak marah, banyak-banyakkan beristigfar agar kita terhindar untuk marah. Segala percakapan yang kita tuturkan ketika kita rasa marah, nanti kita akan menyesalinya. Hal itu demikian kerana ketika sedang marah kita terdorong untuk tidak rasional dan ikutkan perasaan.

4. Hasad dengki dan iri hati
Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain


Adik-adik, kita kena bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan kepada kita. Semua yang berlaku kepada kita telah ditetapkan Allah. Allah itu Maha Berkuasa. Kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita dapat. Jika kita sentiasa bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat kita.. (^_^)

Waallahualam...

Akan bersambung..

28 November 2011

Memori Khemah Ibadah 2009

Assalamualaikum adik-adik,

Alhamdulillah, kita telah pun masuk hari yang kedua dalam bulan Muharam 1433 H.
Bagaimanakah hari adik-adik di awal tahun baru ni? (^_^)

"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka." - Mafhum hadith Rasulullah SAW.

Jadi bagaimanakah hari adik-adik hari ini? Sama-samalah kita berusaha agar hari kita akan sentiasa lebih baik dari semalam. InsyaAllah.

Sebelum itu, jom kita layan dulu memori Khemah Ibadah 2009. (^_^)



Waallahualam.

26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini, pihak Khemah Ibadah ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua.


(^_^)

25 November 2011

Sifat mazmumah, mari jauhinya! Bahagian 1

Assalamualaikum adik-adik,

Hari ini kami ingin berkongsikan dengan adik-adik tentang sifat-sifat mazmumah.
Sifat mazmumah itu apa?
Sifat mazmumah itu adalah sifat yang tercela. Sebagai seorang muslim, kita kena hindari sifat-sifat mazmumah ini agar setiap perbuatan yang kita lakukan dapat menghindarkan kita daripada kemurkaan Allah SWT. (^_^)

Imam Al-Ghazali ada menggariskan sifat mazmumah kepada beberapa bahagian :

1- Gemar makan dan minum
Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.


Adik-adik, siapa yang tak suka makan, angkat tangan! (^_^)
Mesti semua suka makan kan? Tambah-tambah lagi, musim cuti sekolah ni, mak adik-adik mesti akan pelbagai lauk kegemaran adik-adik. Tapi ingat ye adik-adik, kalau kita banyak sangat makan, ini akan memberi kesan yang tidak elok kepada kesihatan kita. Lebih-lebih lagi, jika kita banyak sangat makan, kita akan terdorong untuk berasa malas dan susah untuk melakukan ibadat dan juga membantu mak dan ayah.



2- Banyak berkata-kata ( perkataan yang sia-sia)
Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

Kadang-kadang kita pun tidak sedar, dalam pertuturan seharian kita, kita ada mengata orang lain. Lebih buruk lagi jika kita sengaja mengata perihal orang lain. Adik-adik, itu adalah perbuatan yang tidak elok. Allah SWT melarang hambanya mengumpat kerana apabila kita mengata keburukan orang lain, hubungan kita sesama manusia juga akan turut terjejas. Orang yang diumpat akan menyimpan dendam dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan.
Apabila kita berbicara juga adik-adik, kurangkan berkata-kata dengan perkataan yang sia-sia. Banyakkan berkata-kata dengan perkataan yang memberi ilmu dan manfaat kepada orang lain..

Waallahualam.

Nantikan ada 7 lagi sifat mazmumah yang digariskan oleh Imam Ghazali.
Semoga ketemu lagi.. (^_^)


22 November 2011

Warna warni KI 2010

Assalamualaikum adik-adik,

Lagi 18 hari Khemah Ibadah bakal berlangsung.
Tak sabarnya!



Jom layan dulu, warna warni Khemah Ibadah tahun lepas.

Bestnyerr! (^_^)

20 November 2011

Tahniah dan Selamat Bercuti

Assalamualaikum adik-adik,

2 hari yang lalu cuti sekolah pun telah bermula. Manakalah tanggal 17/11/2011 pastinya hari yang amat mendebarkan untuk adik-adik darjah 6.



Abang-abang dan kakak-kakak dari Khemah Ibadah ingin mengucapkan Tahniah bagi adik-adik yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lepas. (^_^)

Bagi yang tidak mendapat keputusan yang baik pula, jangan berputus asa. Perjalanan masih lagi panjang.

Ucaplah Alhamdulillah atas keputusan yang kita dapat. Walau apa pun yang kita peroleh, Allah pasti telah merancang yang terbaik untuk kita.

Selepas ini adik-adik akan menempuh alam yang baru dalam hidup ialah alam sekolah menengah. Semoga berjaya ye adik-adik (^_^)

Oh ye adik-adik, cuti sekolah dah bermula. Tak tahu apa nak dibuat apa waktu cuti? Marilah bersama-sama mendaftar dalam program Khemah Ibadah. InsyaAllah banyak program yang bermanfaat untuk adik-adik. Seronok tau adik-adik. Selain akan dapat berkenalan dengan ramai kawan, adik-adik juga akan dapat banyak ilmu yang bermanfaat.

Jangan lupa, ajak juga kawan-kawan untuk sertai Khemah Ibadah! (^_^)


13 November 2011

Sayang Allah

Assalamualaikum,

Adik-adik apa khabar?
Rasanya belum terlambat lagi untuk pihak Khemah Ibadah mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh Muslim (^_^). Moga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Adik-adik,
Jika kita lihat di sekeliling kita, pokok-pokok, lautan, semuanya cantik kan?
dan juga oksigen untuk kita bernafas, haiwan ternakan dan sayuran-sayuran untuk kita makan,
Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala yang ada di alam ini.
Cuba bayangkan jika Allah tidak menciptakan semua itu, apa yang akan terjadi pada kita?

Oleh itu, kita kenalah sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah pada kita. Kita kena sayang pada Allah yang telah memberikan segala macam nikmat pada kita.

Apa cara kita nak sayang pada Allah ye adik-adik?
Salah satu caranya kita kena lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Contohnya Allah menyuruh kita solat, berbakti pada ibu bapa dan juga berbuat baik dengan semua orang. Jadi, kita kena lakukan apa yang Allah suruh supaya Allah juga akan sayang pada kita.

(^_^)


Waallahualam..

11 November 2011

Al-Quran sebagai pembela

  




 Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."



Sumber : sini

07 November 2011

Meminta maaf amalan mulia

Assalamualaikum adik-adik,

Selalu tak terjadi antara adik dan sahabat-sahabat adik-adik berselisih pendapat yang akhirnya menimbulkan pergaduhan?
Haa, kalau terjadi, siapa yang mengaku kalah dulu?

Adik-adik nak tahu tak? Dalam Islam, sifat memaafkan itu amat mulia. Orang yang selalu memaafkan orang lain, hidupnya akan lebih bahagia. Lagi pula, tidak baik jika selalu bermasam muka dengan sahabat-sahabat. Kalau kita sayang sahabat, kita kena selalu berbuat baik dengan mereka dan tak boleh bergaduh.

Jom tonton video ni.. (^_^)


05 November 2011

Doa sebelum makan

Assalamualaikum,

Adik-adik sihat hari ni?
Makan apa hari ni?
Oh ya, jangan lupa ya, sebelum makan kena baca doa dulu.. (^_^)


03 November 2011

Ciri-ciri nak soleh



1.Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah subhanahuata'ala )
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah subhanahuata'ala dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak dan moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah subhanahuata'ala .

10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah subhanahuata'ala.

Sumber : sini

01 November 2011

Doa keluar rumah

Assalamualaikum,

Hari ini pihak Khemah Ibadah membawakan doa ketika hendak keluar rumah.
Mari amalkan! (^_^)