15 December 2012

Khemah Ibadah 2012

Alhamdulillah.. 

KHEMAH IBADAH 2012 KINI KEMBALI!!




Memiliki anak yang soleh dan solehah adalah impian dan harapan setiap ibu bapa. Untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan anggota keluarga, anak-anak perlulah diterapkan dengan sifat-sifat mahmudah dan ibu bapa juga berperanan sebagai 'role model' yang baik kepada anak-anak dalam mewujudkan sebuah keluarga yang beteraskan Ad-din.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : 
Bersabda Rasulullah s.a.w. : 
"Apabila seseorang telah meninggal dunia 
putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau
 ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya" 
Hadis sahih riwayat Muslim 




TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, TRONOH, PERAK

TARIKH: 18 DISEMBER — 21 DISEMBER 2012 (CUTI SEKOLAH)

TARIKH PENDAFTARAN DI UTP: 18 DISEMBER 2012 

PESERTA : LELAKI DAN PEREMPUAN 

UMUR : 10-19 TAHUN 

YURAN : RM200/orang 



OBJEKTIF KHEMAH IBADAH 


  1. Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam. 
  2. Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah. 
  3. Menanamkan ciri-ciri mahmudah dalam diri anak - anak dan bermanfaat kepada orang lain terutama sekali dalam membina ukhuwwah. 
  4. Menerapkan kefahaman tentang nilai kesenian dan kebudayaan islam. 
  5. Membimbing peserta dalam membina ketahanan fizikal dan pengurusan masa yang bijak melalui pendekatan kreatif dan inovatif. 



MODUL MENARIK UNTUK ADIK-ADIK 


  1. Tadarus Al-Quran 
  2. Amali Solat 
  3. Teknik Pengurusan Masa 
  4. Treasure Hunt 
  5. Tayangan Animasi 
  6. Tips Pelajar Cemerlang 
  7. Pertandingan Reka Cipta 
  8. Malam Kesenian Islam ... dan banyak lagi!


Sebarang pertanyaan mengenai Khemah Ibadah 2012, bolehlah diajukan kepada : 

Ustaz Zuriat Omar : 05-3688504 (Waktu pejabat) 

atau 

En. Syukri Ismail : 0135224347 

atau 

Cik Madina Abdullah : 0193749423 

Terima kasih.