30 December 2008

PENGUMUMAN

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana kita dipertemukan lagi dalam ruang maya ini. Sekadar makluman, laman blog ini akan diperbaharui dan dimuatkan dengan sebarang makluman semasa. Namun, kerja-kerja penambahbaikan ini memakan masa. Justeru, para pelawat diharap dapat bersabar. Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dalam ruang 'Hebahan' seperti yang terdapat pada bahagian sisi laman blog ini. Sekian, harap maklum & terima kasih.

Sertai ruang Forum rasmi kami di http://grou.ps/kiutp. Komentar anda amat dihargai.

23 December 2008

Bengkel 1;Pintar ICT & Lawatan ke Perpustakaan

Selesai praktikal solat, rentetan program diteruskan lagi dengan Bengkel 1. Bertemakan 'Pintar ICT teras minda cemerlang' bengkel ini diadakan pada jam 2.00 petang di sekitar Blok Akademik. Para peserta diberi peluang untuk merasakan sendiri penggunaan komputer & internet di UTP. Dalam pada itu, bagi peserta sekolah menengah, mereka disajikan oleh para pensyarah dengan ilmu menggunakan 'Microsoft Word', 'Microsoft Excell' dan sebagainya. Tambahan pula, bagi adik-adik sekolah rendah, mereka diberi peluang untuk melihat sendiri laman blog Khemah Ibadah (KI)[www.kiutp.blogspot.com]. Apa yang menarik, mereka menghantar telah pesanan serta ucapan terima kasih kepada ibu ayah mereka menerusi ruang 'shout box' yang terdapat dalam ruangan maya tersebut. Dikesempatan ini, pihak penganjur terutamanya para fasilitator mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sudi meluangkan masa bersama serta berkongsi ilmu dalam sesi ini.




JELAS...Dr. Halabi banyak menerapkan aspek motivasi dalam penerangannya. Itulah rahsia kejayaanya beliau.








BANTU...Akh Anas mengajar sesuatu kepada adik-adik.









TELITI...Peserta sekolah menegah ketika mendengar penerangan.







TEKUN...Adik ini kelihatan ralat menulis sesuatu. Agaknya dia sedang menghantar ucapan kepada ibu & ayah seperti yang diajar abang-abang fasi.







BAGUS...Terpapar wajah gembira & puas adik-adik sebaik keluar dari makmal komputer.





22 December 2008

KULIAH 1; Tips Solat Sempurna

"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama."(Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Menyedari kepentingan solat sepertimana yang terpampang pada hadith di atas, maka program Khemah Ibadah (KI) ini diteruskan lagi. Bahtera KI terus belayar lagi menuju misi. Tepat jam 8.30 pagi, setelah para peserta selesai sarapan, satu bentuk kuliah bertemakan 'Tips Solat Sempurna' telah berlangsung di Dewan Kuliah 1 & disampaikan oleh Ustaz Dawi. Kesemua peserta berjaya melibatkan diri dengan baik. Namun, telatah & kerenah adik-adik kecil ini terkadang menguji kebijaksanaan abang-abang fasi mengawal mereka.
Sesi praktikal juga diadakan di Masjid Annur, dimana para peserta dapat mengaplikasikan segala teori yang dipelajari semasa kuliah.





PADAT...Ustaz Dawi ketika menyampaikan kuliah 'Tip Solat Sempurna'










RAMAI...Antara peserta muslimat yang hadir.








TEKUN...Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengutip butir ilmu yang ditabur ustaz Dawi.









FOKUS...Si Kecil yang cukup berminat dengan ilmu. Barangkali buku catatanya sudah sarat dengan nota.










MUSLIMAT...Hadirat yang memenuhi inci Dewan Kuliah 1.








BERATUR...Peserta berkumpul sebelum bergerak ke Masjid Annur setelah selesai kuliah.






TENANG...Akh Wan Syafiq memberikan taklimat awal dihadapan ratusan peserta sebelum sesi praktikal berlangsung.









POSISI...Peserta diasingkan mengikut kumpulan.








TANGKAS...Masing-masing pantas mengutarakan pendapat.








APLIKASI...Sesi amali solat subuh.








TERATUR...Para peserta berbaris menuju ke tempat berwudhu'.









AJAR...Akh Fadhli menerangkan sesuatu kepada peserta.








CUBA...Para peserta ketika mengaplikasikan ilmu wudhu'.






TERANG...Akh Muiz tidak kekok berkongsi ilmu kepada adik-adik.









DEMO...Pelbagai cara dilakukan oleh akh Zaim bagi memastikan peserta faham apa yang disampaikan.





SESI PENDAFTARAN; Antara Rindu Ayah Ibu & Tuntutan Agama

Firman Allah dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Dalam rangka maksud yang dapat difahamkan dari ayat di atas, adalah menjadi satu pengharapan dari seluruh komiti Khemah Ibadah (KI) agar kesudiaan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke program ini dilihat Allah sebagai usaha memenuhi tuntutan ayat tersebut. Tahniah kepada para ibu bapa kerana telah berjaya memilih jalan yang terbaik untuk ana-anak mereka dalam mengisi masa cuti persekolahan mereka.

Sabda Rasulullah s. a. w.:
Maksudnya :
“Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

Semoga
perpisahan sedetik antara anak dan ibu bapa ini bakal melahirkan jutaan tahun kehidupan yang lebih diredhai tuhan. Diharapkan ibubapa sekalian tidak jemu mendoakan anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh & solehah, juga tidak lupa mendoakan kami (warga komiti KI) agar senantiasa tabah dan dipandu Allah dalam kita sama-sama mencapai objektif yang sama iaitu melahirkan anak soleh.

Mari sama-sama kita meninjau sekitar sesi pendaftaran yang telah berjaya dijalankan pada 21 Disember, Isnin dan bertempat di Dewan Utama Universiti Teknologi PETRONAS
.



AHLAN WASAHLAN...UTP amat mengalu-alukan kedatangan anda sekalian.






SEDIA...Seawal jam 7 pagi, fasi-fasi telah berkumpul untuk mengadakan riadah bersama.








TURUT SERTA...Fasi-fasi muslimat juga tak ketinggalan.








AWAL...Antara yang hadir awal.








KASIH...Sayangnya ibu ayah kepada anak mereka. Anak-anak pula bagaimana? Tiada alasan untuk menderhakai mereka.








KENANGAN...Para fasi sempat bergambar bersama adik-adik.








SAYANG...Si anak mencium ayahnya. Budaya seumpama inilah yang diharapkan akan terhasil dari program ini.










TENANG...Ustaz Dawi ketika menyampaikan ucapan semasa sesi taklimat ibu bapa.








BINCANG...Encik Zul serta isterinya bebincang sesuatu bersama ustaz Dawi.








BERSURAI...Setelah selesai majlis pendaftaran, ibu bapa mula meninggalan majlis.

TRAINING of TRAINEES: Sekitar Minggu Persiapan (Edisi 3)

Hati semakin teruja pada setiap fasilitator kerana tidak sabar untuk menyambut kedatangan adik-adik peserta. Malam sebelum kehadiran mereka, persiapan akhir dilakukan.Pelbagai aspek diambil perhatian dan dibawa ke meja perbincangan terutamanya yang berkaitan dengan pendaftaran. Para Fasi seakan menerima semangat baru sebaik tibanya sahabat-sahabat mereka yang lain.




SETIA...Meskipun baru sahaja selesai satu program lain, akh Luqman tetap menggagahkan diri untuk hadir ke program Khemah Ibadah ini.








CADANG...Akh Fitri tampil mengutarakan cadangan.








SEPAKAT...Pengarah program, akh Mu'id sedang mendengar nasihat dari Presiden RAKAN MASJID, akh Hakim.








HADIR...Antara fasilitator yang baru sampai, akh Adib & akh Muiz.








SAHABAT...Akh Che Bukhari & akh Fitri sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jika tidak masakan mampu akh Che Bukhari dapat hadir ke program ini sedangkan beliau baru sahaja selesai program lain.

20 December 2008

GOTONG-ROTONG ; Pasang Khemah


"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Sejajar dengan itu, pada hari ini (Dec,19) fasilitator-fasilitator telah bekerjasama untuk memasang khemah di lokasi penginapan para peserta. Meskipun serba kekurangan terutamanya dari segi pengangkutan pada awalnya, mereka tetap tabah dan bersungguh-sungguh menyelesaikan tugas mereka. Namun, kesudian seorang pemilik lori membantu mereka, segala kerja dapat disepurnakan dengan sebaiknya.





"ALLAHUAKBAR!!"...Meskipun berat, ia bukan penghalang kepada akh Fitri untuk membantu sahabat-sahabat yang lain.









KOMITMEN...Ustaz Zuriat yang ringan tulang sememangnya cukup perihatin & sanggup mengorbankan masa ntuk membantu anak-anak didiknya.










TERIMA KASIH...Setinggi penghargaan kepada FARIDON BIN SALLEH kerana sudi meminjamkan loribagi memindahkan barang ke Village 6.








BEGINI..."Mari abang tunjukkan...." sungguh mesra akh Farhan bersama adiknya.








BERJAYA...Akhirnya, dapat juga mereka merentangkan kanvas. Boleh tahan beratnya...

19 December 2008

IFTAR

Pepohon rendang datangnya dari akar tunjang,
Peserta gemilang datangnya dari fasi cemerlang,

Mengharap Islam tinggi dijulang,
Amal tarbiyyah mesti dirangsang

Bertepatan dengan rangkap puisi di atas, para fasilitator membenarkannya menerusi perlakuan. Mereka cukup optimis apabila menyebut 'tarbiyyah', Justeru, pada hari ini (khamis, 18/12/2008) fasilitator-fasilitator telah berpakat untuk berpuasa bersama & seterusnya ber'iftar' (berbuka) bersama. Tatapan di bawah menggambarkan betapa meriahnya majlis iftar diadakan.




CERIA...Meskipun penat bekerja seharian dalam berpuasa, istilah 'kepenatan' tidak pernah wujud dalam kamus minda mereka.








TAZKIRAH...Sambil menunggu waktu berbuka, mereka mendengar peringatan dari sahabat-sahabat.








MESRA...Pengarah Program turut serta iftar. Inilah karisma yang ada pada akh Mu'id.








CADANG..."akhi Faidhoh, ana rase...kite dah lama tak qiam sama-sama kn? Hah, apa kata malam ni kita qiam?" cadang akh Syafiq kepada adik beliau, akh Faidhoh.







SIAP...Makanan sudah tersedia seawal pukul 6.45 petang lagi. Begitulah kecekapan akh Yazid mengemudi bahtera 'FnB' beliau.

TRAINING of TRAINEES: Sekitar Minggu Persiapan (Edisi 2)

Agenda persiapan diteruskan lagi. Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang telah mengizinkan para komiti untuk terus mempersiapkan diri demi kejayaan Khemah Ibadah ini. Hari ini, sesi TOT diteruskan lagi. Tetapi ia agak menarik kerana ia berteraskan modul 'Nightwalk'. Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakamkan ini untuk mengetahui kehangatannya.




PERHATIAN...
"perbetulkan niat antum, INGAT malam ini kita bekerja kerana Allah". Barangkali itulah ucapan yang disampaikan oleh akh Aizuddin ketika sesi penerangan sebelum TOT modul 'Nightwalk' bermula.







BERANI...Fasilitator muslimat turut terlibat dalam sesi ini. Tidak sedikitpun kelihatan wajah takut daripada mereka. Harapnya para peserta dapat mencontohi keberanian kakak-kakak mereka.








SOAL...
Pelbagai soalan diajukan oleh para fasilitator semasa taklimat diadakan.








FIKIR...Kelihatan akh Syafiq sedang memikirkan idea bagi memantapkan lagi perjalanan aktiviti 'Nighwalk'.








BAGUS...akh Amin yakin aktiviti ini amat berkesan untuk meperkasakan kualiti diri para peserta.








DOA...Memohon kepada Allah moga dijauhkan dari sebarang kecelakaan.