22 December 2008

SESI PENDAFTARAN; Antara Rindu Ayah Ibu & Tuntutan Agama

Firman Allah dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Dalam rangka maksud yang dapat difahamkan dari ayat di atas, adalah menjadi satu pengharapan dari seluruh komiti Khemah Ibadah (KI) agar kesudiaan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke program ini dilihat Allah sebagai usaha memenuhi tuntutan ayat tersebut. Tahniah kepada para ibu bapa kerana telah berjaya memilih jalan yang terbaik untuk ana-anak mereka dalam mengisi masa cuti persekolahan mereka.

Sabda Rasulullah s. a. w.:
Maksudnya :
“Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

Semoga
perpisahan sedetik antara anak dan ibu bapa ini bakal melahirkan jutaan tahun kehidupan yang lebih diredhai tuhan. Diharapkan ibubapa sekalian tidak jemu mendoakan anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh & solehah, juga tidak lupa mendoakan kami (warga komiti KI) agar senantiasa tabah dan dipandu Allah dalam kita sama-sama mencapai objektif yang sama iaitu melahirkan anak soleh.

Mari sama-sama kita meninjau sekitar sesi pendaftaran yang telah berjaya dijalankan pada 21 Disember, Isnin dan bertempat di Dewan Utama Universiti Teknologi PETRONAS
.



AHLAN WASAHLAN...UTP amat mengalu-alukan kedatangan anda sekalian.






SEDIA...Seawal jam 7 pagi, fasi-fasi telah berkumpul untuk mengadakan riadah bersama.








TURUT SERTA...Fasi-fasi muslimat juga tak ketinggalan.








AWAL...Antara yang hadir awal.








KASIH...Sayangnya ibu ayah kepada anak mereka. Anak-anak pula bagaimana? Tiada alasan untuk menderhakai mereka.








KENANGAN...Para fasi sempat bergambar bersama adik-adik.








SAYANG...Si anak mencium ayahnya. Budaya seumpama inilah yang diharapkan akan terhasil dari program ini.










TENANG...Ustaz Dawi ketika menyampaikan ucapan semasa sesi taklimat ibu bapa.








BINCANG...Encik Zul serta isterinya bebincang sesuatu bersama ustaz Dawi.








BERSURAI...Setelah selesai majlis pendaftaran, ibu bapa mula meninggalan majlis.

No comments: