07 December 2009



LAPORAN TRAINERS ON TRAINING HARI PERTAMA

KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH 2009

Alhamdulillah,hari ini merupakan hari pertama Training of Trainers (TOT) utk Khemah Ibadah 09. Seramai 40 orang ajk dan fasi telah pun selamat kembali ke UTP.

TOT kali ini bermula pada pukul 9 malam, bertempat di masjid lama. Untuk permulaan, slot TOT ini dikendalikan oleh ketua unit Modul, Aktiviti dan Disiplin (MAnD), Nik Arif. Sebelum beliau memulakan sesi, beliau mengucapkan selamat kembali kepada para ajk dan juga fasi. Selepas itu, Projek Manager, saudara Fadhli memberi sedikit ucapan, dan juga kata-kata semangat kepada para ajk dan fasi, bagi memastikan ajk dan fasi bersemangat untuk memulakan TOT kali ini dan seterusnya memastikan Khemah Ibadah kali ini berjalan dengan lancar.

Sesi TOT diteruskan dengan taklimat modul 1,”Bila Kamil Bersuara”, modul 2,”Nama Berantai, dan juga tarian “Demi Matahari”. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh ahli MAnD, saudara Aminnol.

Sebelum sesi TOT berakhir, ketua fasi, saudara Anuar memberi sedikit kata-kata semangat. Beliau juga sempat mereka kata-kata semangat untuk para fasi, iaitu; FASI!!!BOLEH!!!BOLEH!!!BOLEH!!!

Sesi TOT untuk malam ini berakhir pada pukul 11 malam. Sebelum para ajk dan fasi bersurai, Liqo’ Al-Mulk diadakan,juga bertempat di Masjid Lama. Para ajk dan fasi bersurai sepenuhnya pada pukul 11.30 malam.


Disediakan oleh

Ahmad Fitri Abd.Ghani

Setiausaha 1

Khemah Ibadah 09


LAPORAN TRAINERS ON TRAINING HARI KEDUA

KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH 2009

Hari ke 2 TOT dimulakan dengan sesi perhimpunan fasi dan ajk di hadapan Khemah Ibadah Central pada pukul 8 pagi. Sesi dibuka dengan Al-Fatihah dan dikendalikan oleh Ketua Fasi iaitu saudara Anuar. Selepas menyampaikan sedikit taklimat, sesi diteruskan dengan nyanyian lagu tema, iaitu Semarak Perjuangan. Kebanyakan ajk dan fasilitator masih belum menghafal lagu tema tersebut memandangkan ianya baru sahaja diperkenalkan kepada mereka. Sesi kemudiannya diteruskan dengan tarian Demi Matahari. Para fasilitator dan ajk kelihatan agak kekok ketika melakukan tarian tersebut memandangkan tarian itu masih baru bagi mereka. Kira-kira pukul 9.10 pagi, para fasilitator dan ajk dijamu dengan sarapan pagi.

Aktiviti dkemudiannya diteruskan kira-kira pukul 9.30 pagi.Para fasilitator dan ajk diarahkan bergerak ke blok B untuk menjalani sesi Bengkel. Aktiviti yang dijalankan adalah bengkel Tahsin Solat, yang disampaikan oleh Ust. Dawi Chahyono. Bengkel ini menekankan bagaimana ingin menunaikan solat dengan lebih sempurna, bermula dari mengambil wudhuk, sehinggalah sel

esai memberi salam. Bengkel ini berakhir kira-kira pukul 11.30.

TOT diteruskan lagi dengan perbincangan untuk menambah baik bengkel dan juga LDK yang telah dirancang. Sesi yang dikendalikan oleh saudara Aminnol ini memberi peluang kepada para fasi dan ajk yang lain untuk menyuarakan pendapat dan cadangan bagi memperbaiki pelaksanaan bengkel dan juga LDK yang dirancang. Alhamdulillah, pelbagai input-input yang berguna telah dilontarkan oleh para fasi dan ajk, dan ini sedikit sebanyak membantu unit MAnD bagi memastikan bengk

el dan LDK yang bakal dijalankan dapat memberi kefahaman dan keberkesanan yang maksimum kepada para peserta.

Selepas itu, modul ukhwah dijalankan. Para fasilitator dan ajk dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu muslimin dan musimat. Setiap kumpulan diminta membentuk satu bulatan. Setiap seorang dikehendaki memperkenalkan diri, dan mereka juga perlu mencari satu kata adjektif yang bermula dengan huruf yang sama dengan nama mereka. Contohnya Nice Nik, Cute Che, Big Bob, dan lain-lain.Tujuan modul ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ajk dan fasilitator disamping memudahkan gerak kerja.

Aktiviti terakhir yang dijalankan pada TOT hari yang kedua adalah bengkel 3, iaitu bengkel hafazan. Para fasi dan ajk diajar cara untuk membimbing para peserta untuk menghafaz Al- Quran dengan cara yang lebih senang. Untuk peserta sekolah rendah, surah hafazan adalah surah Ad-Dhuha dan ke bawah, manakala untuk sekolah menengah, surah hafazan adalah s

urah Al-Mulk. Sesi TOT untuk hari ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh

Ahmad Fitri Abd.Ghani

Setiausaha1 Khemah Ibadah 09



LAPORAN TRAINERS ON TRAINING HARI KETIGA

KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH 2009


Pada 4 Disember 2009, Sesi TOT hari ke-3 telah diteruskan bagi melatih para fasilitator untuk program Khemah Ibadah 09.Bermula seawal 8 pagi para fasilitator mempersiapkan diri untuk menjalani aktiviti riadhah.Semasa aktiviti ini dijalankan para fasilitator menjalani satu modul dimana mereka diberikan alas kaki kecil untukdimuatkan oleh 8 orang fasilitator. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama disamping mendidik minda untuk berfikir secara kreatif. Seterusnya ,mereka direhatkan selama lebih kurang setengah jam untuk menikmati sarapan pa

gi. Aktiviti kemudiannya diteruskandengan Bengkel 1 iaitu Warkah Fasi diman

a fasilitator dikehendaki menyerahkan kertas yang mengandungi arahan kepada fasilitator terakhir.Orang terakhir yang menerima warkah tersebut dikehendaki menulis sesuatu yang menggambarkan Khemah Ibadah. Melalui aktiviti ini,kita dapat melihat perbezaan pemikiran dan persepsi seseorang tentang sesuatu perkara.

Seterusnya pada jam 10 pagi,aktiviti diteruskan dengan taklimat tent

ang Bengkel Bijak ICT.Slot ini telah dikendalikan oleh saudari Azatul Itri.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta Khemah Ibadah tentang kemudahan teknologi untuk kegunaan pembelajaran. Untuk bengkel ini, para fasilitator dikehendaki mengajar para peserta tentang asas-asas perisian komputer seperti microsoft word dan excel. Para peserta juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa lawatan di IRC,Akademik Blok dan Lab Komputer diadakan. Aktiviti ini kemudiannya diambil alih oleh saudara Zulcheq yang menerangkan tentang Bengkel Peranan Anak Soleh dalam Keluarga. Setiap kumpulan diberikan satu situasi untuk dilakonkan yang bertemakan anak soleh.Namun begitu , sedikit penambahbaikan untuk bengkel ini perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran masa.

Majlis kemudiannya disambung oleh saudara Saufi yang bertanggungjawab memberi taklimat tentang Bengkel Klinik Al-Quran. Dalam bengkel ini para fasilitator dikehendaki memberi sedikit pendedahan kepada para peserta tentang hukum nun mati,mim mati dan tanwin. Disamping itu,para fasilitator juga dikehendaki untuk men'tasmi' bacaan para peserta sambil menunjukkan cara yang betul untuk memperdengarkan bacaan al-quran. Para peserta akan diuji mengikut kemampuan dan kebijaksanaan para fasilitator.Taklimat Bengkel Klinik al-Quran tamat kira-kira jam 12 tengahari.Para fasilitator kemudiannya dilepaskan untuk persediaan solat jumaat dan gerak kerja unit masing- masing pada sebelah petang.

Pada sebelah malam,para fasilitator dikehendaki berkumpul di Khemah Ibadah Central untuk mendengar update daripada para MT dan setiap unit. Selepas itu,satu sesi fotografi untuk Ahli Jawantankuasa Khemah Ibadah dan fasilitator diadakan.Setelah selesai,semua fasilitator dikumpulkan untuk memperdengarkan bacaan surah al-mulk secara beramai-ramai .

Kira-kira jam 12.30 pagi,aktiviti kemuncak iaitu Night Walk telah diadakan. Para fasilitator dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana ada kumpulan yang perlu menutup mata,tidak perlu menutup mata dan ada kumpulan yang menjalani operasi burung hantu.Tujuan aktiviti seumpama ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana kebergantungan dan keyakinan peserta tentang kewujudan Allah. Setelah selesai para fasilitator berbincang untuk memutuskan cara terbaik Night Walk ini dijalankan.Setelah membuat keputusan,majlis kemudiaannya ditangguhkan pada jam 1.30 pagi.

Disediakan oleh

Noor Saadiah Binti Halim

NOOR SAADAH BT HALIM

SETIAUSAHA 2 KHEMAH IBADAH 09


LAPORAN TRAINERS ON TRAINING HARI KEEMPAT

KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH 2009

Pada 5 Disember 2009, Sesi TOT hari ke-4 diteruskan lagi pada jam 8 pagi dengan aktiviti riadhah. Para fasilitator dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan muslimin dan muslimat.Semasa aktiviti ini dijalankan para fasilitator diberikan satu tugas dimana mereka dikehendaki mengangkat sahabat.Aktiviti ini memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Melalui aktiviti yang dijalankan kita dapat melihat sejauh mana kepercayaan kita kepada sahabat-sahabat dan semangat kerjasama dalam satu kumpulan.Secara tidak langsung aktiviti ini dilihat dapat mengeratkan ukhwah antara fasilitator.Sesi TOT berehat sebentar kira-kira jam 9.15 pagi untuk memberi laluan kepada para fasilitator untuk bersarapan.

Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan taklimat acara sukaneka daripada saudara aminnol. Untuk acara ini para fasilitator dibahagikan kepada kumpulan muslimin dan muslimat.Dalam kumpulan tersebut sebahagian daripada mereka dikehendaki mencari puzzle dan sebahagian lagi dikehendaki menyusun puzzle. Namun begitu ada diantara mereka yang perlu mengikat kaki dan tangan ketika mencari puzzle. Ini bertujuan untuk memberi cabaran kepada peserta bagi memanfaatkan pancaindera yang ada dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Secara tidak langsung aktiviti seumpama ini dapat melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah. Aktiviti ini telah dimenangi oleh fasilitator muslimat dimana mereka mendahului fasilitator muslimin dalam menyiapkan puzzle. Aktiviti ini berakhir kira-kira jam 11.30 pagi. Pada sebelah petang semua AJK dan fasilitator Khemah Ibadah bergotong-royong membersihkan bilik peserta muslimin dan muslimat.

Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan lagi dengan taklimat slot muhasabah daripada Presiden Rakan Motivasi iaitu Saudara Hakim. Beliau yang juga mantan Presiden Rakan Masjid telah memberikan tips-tips berguna untuk menjalankan sesi muhasabah yang bertemakan ketuhanan. Beberapa konsep perlu diikuti semasa menjalankan slot muhasabah iaitu konsep Cungkil,Ragu,Hancur dan Bina. Gabungan keempat-empat elemen ini dapat menjadikan slot muhasabah itu berjaya di dalam memberi kesedaran kepada para peserta. Selain itu elemen-elemen seperti latar belakang musik,video dan lakonan juga dapat memberi kesan dalam memberi kesedaran kepada peserta. Slot Muhasabah berakhir kira-kira jam 10 malam.

Seterusnya sesi TOT diteruskan dengan taklimat Bengkel 4 yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Akram selaku Presiden Rakan Masjid. Beliau memberi penerangan kepada para fasilitator tentang ibadah-ibadah yang perlu didedahkan kepada para peserta. Antaranya tentang solat jenazah yang merangkumi cara-cara,Rukun,Sunat dan bacaan dalam solat jenazah.Antara lain peserta juga perlu didedahkan dengan amalan solat Jama' dan Qasar yang mana ibadah ini merangkumi syarat-syarat dan cara-cara solat Jama' dan Qasar. Para fasilitator juga diingatkan untuk bersedia dengan persoalan-persoalan yang bakal diajukan oleh peserta.Selain itu ibadah sunat ketika masuk ke dalam masjid juga perlu didedahkan kepada para peserta. Antaranya doa masuk dan keluar masjid,beri'tikaf,membaca quran dan mendengar ceramah di masjid perlu diamalkan.Kepentingan doa juga perlu diselitkan dimana ia menjadi sumber kekuatan mukmin dalam mengharapkan pertolongan Allah.

Setelah selesai bengkel 4,para fasilitator dikumpulkan untuk acara liqo'. Update dari setiap unit diadakan disamping peringatan tentang warta disiplin.Sesi taaruf juga diselitkan semasa liqo' ini dijalankan. Setelah selesai para fasilitator dikehendaki membaca surah al-mulk secara beramai-ramai.Sesi TOT untuk hari ke-4 berakhir kira-kira jam 11 malam.

Disediakan oleh

NOOR SAADAH BT HALIM

SETIAUSAHA 2 KHEMAH IBADAH 09


LAPORAN TRAINERS ON TRAINING HARI TERAKHIR

KHEMAH IBADAH MUSIM CUTI SEKOLAH 2009

Pada 6 Disember 2009, Sesi TOT hari terakhir dimulakan dengan aktiviti riadah pada jam 8 pagi. Aktiviti dimulakan dengan tazkirah ringkas dan nyanyian lagu tema Khemah Ibadah. Berbeza dengan hari sebelumnya,kali ini nyanyian lagu tema Khemah Ibadah disampaikan dengan penuh bersemangat daripada fasilitator. Selepas itu,fasilitator melakukan senaman ringan dan seterusnya menjalani aktiviti secara berpasangan dan dalam kumpulan kecil.Untuk aktiviti dalam kumpulan, fasilitator diarahkan untuk melakonkan keadaan bangunan ketika gempa bumi berlaku. Seorang daripada ahli kumpulan dikehendaki berlakon sebagai bangunan dan sahabat-sahabat lain bertindak menampung bangunan itu daripada runtuh. Aktiviti ini manggambarkan seseorang yang menampung sahabatnya ketika dia merasa lemah.Setelah selesai fasilitator berehat sebentar untuk menjamu sarapan pagi yang disediakan oleh Unit Makanan Khemah Ibadah.

Sesi TOT bersambung semula kira-kira jam 10 pagi.Fasilitator dikehendaki bergerak ke blok B untuk menonton slot tayangan yang dikendalikan oleh AJK Unit Modul iaitu saudara Aminnol. Beberapa video bervariasi tema telah dipaparkan seperti video tentang kebesaran Allah,keruntuhan akhlak remaja,keajaiban azan,sikap hormat akan ibubapa,azab kubur dan sebagainya. Setiap video yang ditayangkan mengandungi mesej-mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada peserta Khemah Ibadah 09.Namun begitu,ada beberapa kekurangan daripada slot ini.Antaranya video yang belum dialih bahasa dan ada video yang ditayangkan tidak mengikut kesesuaian umur. Ini mungkin menyebabkan mesej yang ingin disampaikan tidak dapat difahami atau disalah tafsir oleh peserta. Ahli jawatankuasa Unit Aktiviti dan Modul akan berusaha dalam memperbaiki mutu penyampaian dan tayangan yang bakal diadakan.

Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan taklimat Malam Kesenian Islam oleh saudara Zaiyinul Ain. Untuk slot ini para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan akan membuat persembahan berlainan seperti dikir barat,nasyid,drama,puisidera dan persembahan pembukaan. Perserta diberi kebebasan untuk melakukan persembahan mengikut kreativiti masing-masing selagi mengikut tema yang ditetapkan iaitu 'Anak Soleh'. Para peserta akan dibantu oleh para fasilitator dalam menyampaikan persembahan.Selain persembahan peserta,fasilitator juga tidak ketinggalan dalam menghiburkan adik-adik.Diharapkan persembahan ini dapat mencungkil bakat terpendam para peserta disamping meningkatkan keyakinan diri para peserta. Kira-kira jam 12 tengahari,sesi TOT Khemah Ibadah berakhir secara rasminya.Diharapkan para fasilitator telah bersedia untuk berjuang dalam Khemah Ibadah 09 melalui input-input berguna sepanjang sesi TOT diajalankan.

Disediakan oleh

NOOR SAADAH BT HALIM

SETIAUSAHA 2 KHEMAH IBADAH 09

No comments: