28 October 2011

Tips memilih sahabat

Assalamualaikum,
semua orang pastinya mempunyai sekurang-kurangnya seorang sahabat baik kan? Sekarang mari kita lihat, apa ciri-ciri seorang sahabat. (^_^)


Tips memilih sahabat :

1- Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3- Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu
4- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima mu dengan baik
5- Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, dia akan menutupnya
7- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan bertanyakan kesusahanmu
9- Jika sesuatu bencana menimpamu, dia akan meringankan kesusahanmu
10- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
11- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu
12- Jika kamu berdua beselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Waallahualam.


27 October 2011

Pendaftaran Kini Dibuka!

Assalamualaikum,


Pendaftaran untuk menyertai Khemah Ibadah 2011 kini dibuka, 
untuk daftar secara online, 
sila tekan di sini.


Untuk kaedah pembayaran, akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.



Jom, ramai-ramai, sertai Khemah Ibadah 2011.

KI BEST!! (^_^)

24 October 2011

10 Sifat Mahmudah

Imam Al Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin:




1. Taubat
iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Firman Allah S.W.T. yang berarti :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”.

(Surah Al – Muzammil - Ayat 20)

Syarat-syarat taubat:
* Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
* Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
* Berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
* Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
* Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
* Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
* Mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
* Meningkatkan ketaqwaan diri.
* Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
* Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam hidup di dunia
dan akhirat.
2. Khauf (takut)
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya
Firman Allah s.w.t. yang berarti : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
3. Zuhud
Dunia adalah sebagai tempat berbuat kebaikan dan amal soleh untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

4. Sabar
* Iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
* Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri dari keluh kesah dan menahan diri dari mengadu kepada selain Allah
subhanahu wata‘ala ketika tertimpa musibah atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan semua perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan semua larangan Allah.
5. Syukur
iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
6. Ikhlas
Sifat ikhlas ialah memfokuskan niat dalam setiap ibadah atau kerja dilakukan semata-mata karena Allah subhanahu wa ta’ala dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau menginginkan pujian manusia.

7. Tawakkal
yaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah atas segala hal, yakin bahwa Allah adalah yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Berserah kepada Allah hendaklah disertai dengan ikhtiar yang sempurna.
8. Mahabbah (kasih sayang)
Cintailah manusia dengan apa yang engkau cintai bagi dirimu sendiri, niscaya engkau menjadi manusia yang paling adil

9. Ridha
Ridha akan segala ketetapan Allah.
10. Dzikrul Maut (mengingat mati)
Senantiasa mengingat bahwa kematian itu pasti mendatangi masing-amsing dari kita.
Sumber : sini 

20 October 2011

UNIC - Anak Soleh

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, banyak yang boleh diambil pengajaran daripada lagu ini. Tentang bagaimana perilaku seorang anak yang soleh.



Ayuh! Jom jadi anak soleh!
Anak yang soleh, Ibu bapa sayang, Allah sayang (^_^)


Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh


Doa untuk kedua ibu bapa


09 October 2011

KHEMAH IBADAH 2011 KEMBALI!



KHEMAH IBADAH 2011
KINI KEMBALI!
!


Memiliki anak yang soleh dan solehah adalah impian dan harapan setiap ibu bapa. Untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan anggota keluarga, anak-anak perlulah diterapkan dengan sifat-sifat mahmudah dan ibu bapa juga berperanan sebagai 'role model' yang baik kepada anak-anak dalam mewujudkan sebuah keluarga yang beteraskan Ad-din.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya"
Hadis sahih riwayat Muslim





TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, TRONOH, PERAK


TARIKH:11 DISEMBER — 15 DISEMBER 2011 (CUTI SEKOLAH)


TARIKH PENDAFTARAN DI UTP: 10 DISEMBER 2011


PESERTA: LELAKI DAN PEREMPUAN


UMUR: 10-15 TAHUN


YURAN: RM 160/SEORANG




OBJEKTIF KHEMAH IBADAH

  1. Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam.
  2. Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah.
  3. Menanamkan ciri-ciri mahmudah dalam diri anak - anak dan bermanfaat kepada orang lain terutama sekali dalam membina ukhuwwah.
  4. Menerapkan kefahaman tentang nilai kesenian dan kebudayaan islam.
  5. Membimbing peserta dalam membina ketahanan fizikal dan pengurusan masa yang bijak melalui pendekatan kreatif dan inovatif.

MODUL MENARIK UNTUK ADIK-ADIK

  1. Tadarus Al-Quran
  2. Amali Solat
  3. Teknik Pengurusan Masa
  4. Treasure Hunt
  5. Tayangan Animasi
  6. Tips Pelajar Cemerlang
  7. Pertandingan Reka Cipta
  8. Malam Kesenian Islam
    ..dan banyak lagi!

PENDAFTARAN ONLINE AKAN DIBUKA DALAM MASA TERDEKAT

Sabar itu separuh daripada iman.

Ikuti perkembangan Khemah Ibadah 2011 di blog ini.