KINI KEMBALI!!
Memiliki anak yang soleh dan solehah adalah impian dan harapan setiap ibu bapa. Untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan anggota keluarga, anak-anak perlulah diterapkan dengan sifat-sifat mahmudah dan ibu bapa juga berperanan sebagai 'role model' yang baik kepada anak-anak dalam mewujudkan sebuah keluarga yang beteraskan Ad-din.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga, sedekah jariah,
atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya"
Hadis sahih riwayat Muslim
TEMPAT: UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS, TRONOH, PERAK
TARIKH:11 DISEMBER — 15 DISEMBER 2011 (CUTI SEKOLAH)
TARIKH PENDAFTARAN DI UTP: 10 DISEMBER 2011
PESERTA: LELAKI DAN PEREMPUAN
UMUR: 10-15 TAHUN
YURAN: RM 160/SEORANG
OBJEKTIF KHEMAH IBADAH
- Mempertingkatkan kefahaman peserta tentang asas-asas ajaran Islam.
- Membimbing peserta menyempurnakan pelaksanaan ibadah.
- Menanamkan ciri-ciri mahmudah dalam diri anak - anak dan bermanfaat kepada orang lain terutama sekali dalam membina ukhuwwah.
- Menerapkan kefahaman tentang nilai kesenian dan kebudayaan islam.
- Membimbing peserta dalam membina ketahanan fizikal dan pengurusan masa yang bijak melalui pendekatan kreatif dan inovatif.
MODUL MENARIK UNTUK ADIK-ADIK
- Tadarus Al-Quran
- Amali Solat
- Teknik Pengurusan Masa
- Treasure Hunt
- Tayangan Animasi
- Tips Pelajar Cemerlang
- Pertandingan Reka Cipta
- Malam Kesenian Islam
..dan banyak lagi!
Ikuti perkembangan Khemah Ibadah 2011 di blog ini.
No comments:
Post a Comment