25 November 2011

Sifat mazmumah, mari jauhinya! Bahagian 1

Assalamualaikum adik-adik,

Hari ini kami ingin berkongsikan dengan adik-adik tentang sifat-sifat mazmumah.
Sifat mazmumah itu apa?
Sifat mazmumah itu adalah sifat yang tercela. Sebagai seorang muslim, kita kena hindari sifat-sifat mazmumah ini agar setiap perbuatan yang kita lakukan dapat menghindarkan kita daripada kemurkaan Allah SWT. (^_^)

Imam Al-Ghazali ada menggariskan sifat mazmumah kepada beberapa bahagian :

1- Gemar makan dan minum
Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.


Adik-adik, siapa yang tak suka makan, angkat tangan! (^_^)
Mesti semua suka makan kan? Tambah-tambah lagi, musim cuti sekolah ni, mak adik-adik mesti akan pelbagai lauk kegemaran adik-adik. Tapi ingat ye adik-adik, kalau kita banyak sangat makan, ini akan memberi kesan yang tidak elok kepada kesihatan kita. Lebih-lebih lagi, jika kita banyak sangat makan, kita akan terdorong untuk berasa malas dan susah untuk melakukan ibadat dan juga membantu mak dan ayah.



2- Banyak berkata-kata ( perkataan yang sia-sia)
Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

Kadang-kadang kita pun tidak sedar, dalam pertuturan seharian kita, kita ada mengata orang lain. Lebih buruk lagi jika kita sengaja mengata perihal orang lain. Adik-adik, itu adalah perbuatan yang tidak elok. Allah SWT melarang hambanya mengumpat kerana apabila kita mengata keburukan orang lain, hubungan kita sesama manusia juga akan turut terjejas. Orang yang diumpat akan menyimpan dendam dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan.
Apabila kita berbicara juga adik-adik, kurangkan berkata-kata dengan perkataan yang sia-sia. Banyakkan berkata-kata dengan perkataan yang memberi ilmu dan manfaat kepada orang lain..

Waallahualam.

Nantikan ada 7 lagi sifat mazmumah yang digariskan oleh Imam Ghazali.
Semoga ketemu lagi.. (^_^)


No comments: