17 December 2008

KHEMAH IBADAH Musim Cuti Persekolahan 2008


Alhamdulillah.
Buat julung-julung kalinya semenjak penubuhan UTP dan Rakan Masjid, semester ini insya Allah akan diadakan satu khemah ibadah semasa cuti sekolah pada 21-25 Disember ini.

Fokus khemah ibadah ini ialah untuk membina kesedaran peserta dan ajk untuk berubah menjadi muslim yang sejati dengan penekanan kepada aspek ibadah, akhlak dan muamalat.

Bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS dan dibimbing oleh mahasiswa/i UTP sendiri, program ini Insya Allah bakal menghasilkan produk yang akan lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu.

Bayaran yang dikenakan hanyalah sebanyak RM 100 sahaja untuk 5 hari/ 4 malam .Satu pelaburan yang amat berbaloi berdasarkan kepada modul-modul menarik yang bakal disajikan. Bukan itu sahaja, dengan suasana & persekitaran di UTP yang menarik, membuatkan peserta pasti terkasima dan amat berpuas hati. Yuran ini berpatutan jika dibandingkan dengan kos sebenar makan/minum, penginapan , peralatan, penceramah dan lain2. Ini disebabkan kerana pihak penganjur, Unit Pentadbiran Masjid UTP dan Rakan Masjid UTP berhasrat ingin menjadikan program ini sebagai progam kebajikan dan bukannya sebagai projek mencari keuntungan.

Sehubungan dengan itu, sebanyak 50 tempat khas telah disediakan khusus untuk anak-anak yatim sekitar Perak yang terpilih dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mereka. Tawaran dibuka kepada mana-mana individu untuk menampung perbelanjaan anak-anak yatim tersebut sebanyak RM 100 satu individu.

Mudah-mudahan program khemah ibadah ini dapat melahirkan anak-anak yang 'super soleh' dan 'super muslim'. Ameen....

Untuk sebarang petanyaan, bolehlah diajukan kepada:


Unit Pentadbiran Masjid UTP :

Ustaz Dawi Cahyono Nurdin (012-589 6033)
Ustaz Rahmat Abu Seman (016 - 422 1418)
Ustaz Zuriat Omat (013-440 7678

Rakan Masjid UTP :

Presiden : Mohd Hakim Mohd Nor (019 - 4504 360)
Pengarah : Wan Abdul Muid (019- 522 9727)

No comments: