17 December 2008

Khemah Ibadah di KOSMO

Dalam rangka usaha mempromosikan program Khemah Ibadah (KI), pelbagai medium digunakan demi meralisasikan matlamat ini. Meskipun angka peserta yang berdaftar sudah melampaui kouta yang ditetapkan, usaha hebahan ini tetap belum berakhir. Ini kerana, para komiti masih bertungkus lumus dalam mencari dana bagi menyempurnakan program ini.Justeru, pengambilan langkah bijak dengan mengiklankan agenda ini di dalam akhbar KOSMO bertarikh 16/12/2008(Selasa) merupakan satu langkah bijak. Apa yang diharapkan menerusi usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendapatkan perhatian pihak-pihak atau individu-individu yang berminat untuk menyumbangkan dana bagi menjayakan program ini. Semoga dengan pemberian itu bakal mendapat ganjaran yang lumayan daripada Allah baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Firman Allah dalam al-Quranul Karim, maksudnya " Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.(Al-Hadid;18)"

*sebarang pertanyaan mengenai sumbangan, sila rujuk nama-nama berikut

Syed Haq : 013-2128965
Atiqah : 015-237736



No comments: