28 December 2011

Cadangan dan Maklum Balas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, di sini kami ingin meminta jasa baik jika ada sebarang cadangan mahupun sebarang maklum balas terhadap pelaksanaan Khemah Ibadah daripada ibu bapa dan peserta.
Hal ini untuk penambahbaikan KI untuk tahun-tahun hadapan, insyaAllah.



Segala kerjasama kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.
(^_^)

15 December 2011

KI : Hari Kelima (Hari Terakhir)

Assalamualaikum,

Ukhwah yang terjalin selama 5 hari ini sangat bermakna. Rasa sedih di hati kakak-kakak dan abang-abang fasi untuk berpisah dengan adik-adik.

Selesai solat subuh berjemaah, adik-adik berangkat ke asrama semula dan kemas barang-barang untuk dibawa pulang.
Kemudian, adik-adik dikehendaki pula pergi ke MPH untuk majlis penutupan.
Kelihatan ada juga ibu bapa yang telah sampai ke UTP untuk menjemput anak masing-masing.

Sebelum itu, telah diadakan ceramah motivasi untuk para ibu bapa dan anak-anak. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Hakim. Subhanallah ceramah yang sungguh berkesan sekali. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada ceramah ini.


Selepas ceramah, terus diadakan majilis penutupan. Ucapan penutupan disampaikan oleh Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin. Kata-kata beliau sarat dengan pengharapan untuk melihat adik-adik berjaya di dunia dan akhirat, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi anak yang soleh. Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penutupan maka berlabuhlah tirai Khemah Ibadah untuk tahun 2011.

Persembahan dari kumpulan adik-adik muslimin yang mendapat tempat pertama dalam MKI.

Setitis tinta daripada pihak Khemah Ibadah :

Alhamdulillah, pihak KI amat berbesar hati menerima adik-adik di sini. Kami berharap adik-adik mengamalkan ilmu-ilmu yang adik-adik belajar di sini. Jangan tinggal solat dan ingatlah selalu untuk berbakti kepada ibu bapa yang telah membimbing dan menjaga kita dengan sepenuh hati mereka. Jangan melawan kata-kata ibu bapa dan jadilah anak yang baik. Contohilah Rasulullah dan sentiasalah bertaqwa kepada Allah. InsyaAllah hidup akan bahagia di dunia dan akhirat.

Pihak kami ingin memohon kemaafan andai ada tersalah kata, tersilap langkah sepanjang Khemah Ibadah ini. Yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan tauladan. 

Waallahualam...

Syukran Jazilan..


Jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah..

KI, Best! KI, Best! KI, Best!
KI 2011,
Lagi Best!!
Fuh, Dekat di Hati (^_^)

14 December 2011

KI : Hari Keempat

Assalamualaikum,

Apa khabar hari ini?
Hari ni sudah pun masuk hari keempat. Maknanya, besok merupakan hari terakhir kakak-kakak dan abang-abang fasilitator dapat bersama dengan adik-adik. :(

Adik-adik sudah semakin aktif dan rapat sesama sendiri dan juga fasi. Tidak lagi segan-segan seperti hari pertama. Alhamdulillah.

Hari ini diteruskan dengan qiammullai dan seterusnya solat subuh berjemaah.

Pada pukul 9.30 pagi, telah diadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh kaunselor UTP, Tuan Haji Jalil. Subhanallah, ceramah yang begitu bersemangat dari Tuan Haji. Adik-adik juga turut terdorong untuk terus bersemangat untuk menjadi anak yang soleh. InsyaAllah. Ceramah motivasi ini bertajuk 'Tips Pelajar Cemerlang dan Akhlak Terpuji'. Banyak input yang berguna yang adik-adik dapat daripada ceramah ini untuk diaplikasikan di rumah nanti.




Selepas minum pagi, adik-adik diasingkan mengikut umur. Adik sekolah rendah akan menjalankan modul binaan tertinggi manakala adik-adik sekolah menengah akan meneroka sekitar UTP. Hal ini untuk memberikan motivasi dan pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah tentang alam universiti. 



Modul binaan tertinggi

Selepas asar, diadakan latihan untuk MKI. Kemuncak nya adalah malam ini. MKI ialah satu slot di mana adik-adik dapat mempersembahkan bakat dan kreativiti adik-adik dalam membuat persembahan. Di dalam Islam juga, tidak dilarang untuk berhibur asalkan tidak melanggar batasan syariat.

Teringat lirik daripada lagu nasyid :

Berhibur tiada salahnya
Kerana hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah.

Selepas isyak, MKI untuk adik-adik muslimin akan dijalankan di Undercroft manakala adik-adik muslimat pula di D4. Subhanallah setelah 2 hari berlatih, akhirnya adik-adik akan mempersembahkan kreativiti masing-masing. Semuanya kelihatan seronok semasa MKI. Antara memori yang tidak dapat dilupakan semasa KI.




Seusai KI, adik-adik pun pulang ke asrama masing-masing dan berkemas untuk pulang pada keesokan harinya.

InsyaAllah nantikan hari esok.

p.s : Kakak-kakak dan abang-abang fasi rasa sedih nak berpisah dengan adik-adik.


13 December 2011

KI : Hari Ketiga

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kita kesempatan untuk bernafas lagi dibumiNya pada hari ini.
Hari ini program Khemah Ibadah diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh. Selesai riadah dan bersarapan pagi, Khemah Ibadah hari in diserikan lagi dengan kuliah tajwid daripada seorang ustaz yang amat disenangi di UTP ini, Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin.

Kuliah 2 : Warrattilul Quraana Tartiila (Kuliah tajwid)

Adik-adik kelihatan ceria sepanjang kuliah dan mencatatkan nota-nota di dalam buku.


Alhamdulillah, adik-adik mendapat banyak ilmu yang bermanfaat sepanjang kuliah ini berlangsung. Teringat pantun daripada pengerusi majlis :

Pergi ke kota membeli helikopter,
Membeli helikopter di tengah kota,
Ilmu tajwid sangatlah berharga,
Untuk panduan sepanjang masa.

(^_^)
Aktiviti diteruskan lagi dengan modul kapal terbang selepas minum pagi. Adik-adik muslimin dan muslimat dikehendaki membuat satu bentuk kapal terbang dengan menggunakan setiap peserta. Objektif modul ini adalah untuk memperlihatkan bakat kepimpinan adik-adik dan kepatuhan adik-adik kepada pemimpin.

Para jurutera memberikan arahan untuk membentuk kapal terbang

Kapal terbang adik-adik muslimat

Jet adik-adik muslimin

Selesai solat zohor berjemaah, adik-adik diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing dan kakak-kakak serta abang-abang fasi akan mentasmi' hafazan surah adik-adik. Untuk KI kali ini, adik-adik diminta untuk menghafaz surah-surah lazim dari surah Ad-Dhuha sehinggalah Surah An-Nas. Dalam slot ini juga, para fasilitator diminta untuk mendengarkan bacaan Al-Fatihah adik-adik dan membetulkan apa yang salah dari segi bacaan mahupun tajwid.




Latihan untuk MKI diteruskan lagi selepas solat asar.
Selepas solat isyak, adik-adik akan melalui hari-hari yang terindah.
Apakah hari-hari yang terindah?
Hari-hari yang terindah ini adalah slot muhasabah. Adik-adik akan diberikan muhasabah bertapa pentingnya Allah, Rasulullah dan ibu bapa dalam kehidupan adik-adik. 

Bayangkan jika Allah tidak lagi mahu memberikan oksigen untuk kita hidup, Rasulullah tidak lagi mahu mengaku kita umatnya dan ibu bapa tiada lagi di dunia ini. Apakah yang akan kita lakukan adik-adik? Oleh itu, marilah kita teruskan melakukan perkara yang disukai Allah, mengamalkan dengan sunnah-sunnah Rasulullah dan berbakti kepada ibu bapa sementara masih sempat. 
Jadilah anak yang soleh (^_^)


Sama-samalah kita bermuhasabah diri tentang hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan manusia. Bukan adik-adik sahaja yang bermuhasabah, malahan, para fasilitator juga turut bermuhasabah diri.

Wallahualam.

Aktiviti bersambung besok.


12 December 2011

KI : Hari Kedua

Assalamulaikum,

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua KI. Aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid An-Nur. Seterusnya selepas tazkirah subuh, adik-adik ini beriadah sebelum bersarapan pagi. Aktiviti riadah ini diasingkan antara adik-adik muslimin dan muslimat. Nampak bersemangat adik-adik pada pagi ini. Ceria untuk menjalankan pelbagai aktiviti di Khemah Ibadah, insyaAllah.

Pada pukul 9.30 pagi, diadakan Kuliah 1 : Cara Solat yang Betul dan Sempurna. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Mazlan. Dilihat, adik-adik begitu tekun mendengar kuliah daripada ustaz. Sungguh hebat adik-adik ini, selesai kuliah, adik-adik ini begitu aktif untuk bertanyakan soalan mengenai solat yang tidak mereka fahami.

Tekun adik-adik mencatat nota dari kuliah..

Ustaz Mazlan bersemangat menyampaikan kuliah.



Adik-adik berani tampil ke depan untuk bertanyakan soalan.

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tanpa buah.
Justeru itu, setelah selesai minum pagi, diadakan Latihann Dalam Kumpulan (LDK) untuk praktikal cara bersolat. Untuk LDK kali ini, adik-adik akan diajar cara berwuduk dengan betul, cara bersolat dan cara rukhsah solat, iaitu cara solat ketika sakit.



Praktikal solat

Selepas zohor, diteruskan lagi dengan modul. Modul pertama pada hari ini bertajuk 'Superhero Kita'. 
Siapakah superhero adik-adik?
Untuk modul ini, adik-adik dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Modul ini terdiri daripada 2 pusingan. Untuk pusingan pertama, setiap kumpulan akan diberikan senarai superhero. Adik-adik diminta untuk melakonkan watak superhero yang dipilih. Watak yang dipilih adalah rahsia. Hanya fasi dan adik sendiri sahaja yang tahu. Manakala, sahabat-sahabat lain pula akan meneka apa yang sahabat mereka lakonkan. Meriah sungguh melihat adik-adik dengan bermacam-macam gaya. (^_^) 
Untuk pusingan kedua, seorang wakil daripada setiap kumpulan akan dipilih dan diminta untuk melakonkan akhlak Rasulullah SAW dan sahabat lain akan meneka. Objektif modul ini adalah untuk menyedarkan adik-adik bahawa superhero sebenar kita adalah Nabi Muhammad SAW. 
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya mencontohi keperibadian baginda dalam kehidupan seharian kita.





Modul ini diteruskan sehingga solat asar. Selepas itu, dijalankan pula latihan untuk Malam Kesenian Islam. Apakah malam kesenian Islam? Tunggu.... (^_^)

Nampaknya hari ni adik-adik sudah semakin aktif berbanding semalam yang masih malu-malu lagi :)

Selepas isyak, diadakan tayangan animasi. Tayangan ini bertajuk Kufur dan Syukur. Mengisahkan 3 pemuda yang kufur dan syukur kepada Allah SWT. Banyak pengajaran yang diperoleh daripada tayangan ini. Adik-adik juga dilihat menumpukan sepenuh perhatian ketika tayangan dijalankan.

Adik-adik,
Dalam hidup ini, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Janganlah kita bersikap kufur kerana sikap kufur adalah satu perbuatan yang tidak elok dan tidak disukai oleh Allah SWT.

Selesai minum malam, diadakan aktiviti Burung Hantu. Nampaknya ramai adik yang berdebar untuk menunggu aktiviti ini. Objektif aktiviti ini adalah untuk menanamkan sifat sentiasa mengingati Allah dalam diri adik-adik dan meletakkan kebergantungan yang paling tinggi kepada Allah SWT.



Konklusi dilakukan pada akhir aktiviti dan seterusnya adik-adik pulang ke asrama dengan semangat yang baru untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, insyaAllah.

Aktiviti bersambung esoknya..

11 December 2011

KI : Hari Pertama

Assalamualaikum,

Akhirnya hari yang telah ditunggu-tunggu kini tiba. Hari ini bermulalah hari pertama untuk program Khemah Ibadah 2011. Pendaftaran bermula pada pukul 10 pagi sehinggalah 4.30 petang.
Senyuman manis dilihat terukir di wajah adik-adik yang tak sabar-sabar rasanya hendak memulakan aktiviti di KI ini. (^_^)


adik-adik menunggu giliran pendaftaran




Aktiviti bermula selepas asar di Multipurpose Hall (MPH) dengan sesi taaruf. Adik-adik diminta untuk berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan seperti yang telah diberi sewaktu pendaftaran. Selepas itu, adik-adik bertaaruf pula bersama-sama ahli kumpulan masing-masing dan juga fasi setiap kumpulan. Kemudian, aktiviti disambung pula selepas isyak dengan taaruf fasilitator dan juga melantik penghulu dan penghuluwati untuk Khemah Ibadah kali ini.






Alhamdulillah habis aktiviti untuk hari ini. Bersambung besok pula.
Hari pertama, adik-adik malu-malu lagi. Baru nak kenal fasi-fasi dan kawan-kawan baru (^_^)

Tentatif penuh Khemah Ibadah 2011
Kami perlihatkan kepada anda tentatif penuh Khemah Ibadah 2011, jadi ini memudahkan anda untuk melihat segala aktiviti yang akan kami jalankan kepada peserta yang telah berdaftar. Sekian, kepada yang ingin memuat turun tentatif penuh ini... Sila tekan sini.
 

Masa
Aktiviti
Tempat
11 Disember 2010 ( Ahad )
5.00  ptg
Taklimat peserta  (lantik ketua)

6.15  ptg
Kendiri

6.30  ptg
Makan Malam

7.00  mlm
Solat  Maghrib

8.00  mlm
Kuliah Maghrib

8.40  mlm
Solat Isyak

10.00  mlm
Modul Taaruf

11.15  mlm
Minum malam

11.30  mlm
Tidur  ZZZ












12 Disember 2010 (  Isnin )
5.00   pg
Persiapan diri

5.30   pg
Solat subuh

6.30   pg
Tazkirah Subuh & Tadarus Al-quran

7.00   pg
Riadah

8.00   pg
Sarapan

9.30   pg
Kuliah 1 : Cara Solat yang Betul dan Sempurna

10.45 pg
Minum pagi

11.00 pg
LDK 1 : Jom Solat!!

12.30 tgh
Makan tengahari

1.30   ptg
Solat Zohor

2.30   ptg
Modul 1 : Superhero Kita!

4.00   ptg
Solat Asar

5.00   ptg
Persediaan MKI

6.30   ptg
Makan malam

7.00   mlm
Solat Maghrib

8.00   mlm
Kuliah Maghrib

8.30   mlm
Solat Isyak

9.15   mlm
Tayangan Animasi

9.50 mlm
Minum malam

10.15 mlm
Burung Hantu

11.30 mlm
Tidur   ZZZ


14 Disember 2010 ( Selasa )
5.00   pg
Persiapan diri

5.30   pg
Solat subuh

6.15   pg
Kuliah subuh

7.00   pg
Riadah: Matlamat diri

8.00   pg
Sarapan

9.00   pg
Kuliah 2 : Warattilul Quraana Tartiila (kuliah tajwib)

10.45 pg
Minum pagi

11.00 pg
Bengkel 1 :  Kelas Tajwib

12.30 tgh
Makan tengahari

1.30   ptg
Solat Zohor

2.30   ptg
Hafazan Surah Lazim dan Bacaan Iqra’

4.00   ptg
Solat Asar

5.00   ptg
Persediaan MKI

6.30   ptg
Makan malam

7.00   mlm
Solat Maghrib

7.45   mlm
Tadarus Al-Quran

8.30   mlm
Solat Isyak

9.15   mlm
Hari-Hari yang Terindah!

11.15 mlm
Minum Malam

11.30mlm
Tidur  ZZZ


14 Disember 2010 ( Rabu )
4.30   pg
Persiapan diri

5.00   pg
Qiamullail Perdana

5.30   pg
Solat subuh

6.15   pg
Kuliah subuh : Masa Depan dan Cabaran Generasi Muda

7.00   pg
Riadah : Belon Beracun

8.15  pg
Sarapan

9.30   pg
Kuliah 3 : Tips Pelajar Cemerlang & Akhlak Terpuji

10.45 pg
Minum pagi

11.00 pg
Modul 2 Pertandingan Binaan Tertinggi!!

12.30 tgh
Makan tengahari

1.00   ptg
Solat Zohor

2.30   ptg
LDK3

4.00   ptg
Minum petang

4.30   ptg
Solat Asar

5.00   ptg
Persediaan MKI

6.30   ptg
Persediaan MKI

7.00   ptg
Solat Maghrib

8.00  mlm
Makan Malam

8.30   mlm
Solat Isyak

9.15  mlm
MKI

11.15  mlm
Minum Malam

11.30  mlm
Tidur ZZZ


15 Disember 2010 ( Khamis )
5.00   pg
Persiapan diri

5.30   pg
Solat subuh

6.15   pg
Kuliah subuh / Kemas barang

7.00   pg
Riadah

8.15   pg
Sarapan

9.30   pg
Resolusi




10.00 pg
Majlis penutup

1.00pm
Bersurai