12 December 2011

KI : Hari Kedua

Assalamulaikum,

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua KI. Aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid An-Nur. Seterusnya selepas tazkirah subuh, adik-adik ini beriadah sebelum bersarapan pagi. Aktiviti riadah ini diasingkan antara adik-adik muslimin dan muslimat. Nampak bersemangat adik-adik pada pagi ini. Ceria untuk menjalankan pelbagai aktiviti di Khemah Ibadah, insyaAllah.

Pada pukul 9.30 pagi, diadakan Kuliah 1 : Cara Solat yang Betul dan Sempurna. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Mazlan. Dilihat, adik-adik begitu tekun mendengar kuliah daripada ustaz. Sungguh hebat adik-adik ini, selesai kuliah, adik-adik ini begitu aktif untuk bertanyakan soalan mengenai solat yang tidak mereka fahami.

Tekun adik-adik mencatat nota dari kuliah..

Ustaz Mazlan bersemangat menyampaikan kuliah.



Adik-adik berani tampil ke depan untuk bertanyakan soalan.

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tanpa buah.
Justeru itu, setelah selesai minum pagi, diadakan Latihann Dalam Kumpulan (LDK) untuk praktikal cara bersolat. Untuk LDK kali ini, adik-adik akan diajar cara berwuduk dengan betul, cara bersolat dan cara rukhsah solat, iaitu cara solat ketika sakit.



Praktikal solat

Selepas zohor, diteruskan lagi dengan modul. Modul pertama pada hari ini bertajuk 'Superhero Kita'. 
Siapakah superhero adik-adik?
Untuk modul ini, adik-adik dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Modul ini terdiri daripada 2 pusingan. Untuk pusingan pertama, setiap kumpulan akan diberikan senarai superhero. Adik-adik diminta untuk melakonkan watak superhero yang dipilih. Watak yang dipilih adalah rahsia. Hanya fasi dan adik sendiri sahaja yang tahu. Manakala, sahabat-sahabat lain pula akan meneka apa yang sahabat mereka lakonkan. Meriah sungguh melihat adik-adik dengan bermacam-macam gaya. (^_^) 
Untuk pusingan kedua, seorang wakil daripada setiap kumpulan akan dipilih dan diminta untuk melakonkan akhlak Rasulullah SAW dan sahabat lain akan meneka. Objektif modul ini adalah untuk menyedarkan adik-adik bahawa superhero sebenar kita adalah Nabi Muhammad SAW. 
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya mencontohi keperibadian baginda dalam kehidupan seharian kita.





Modul ini diteruskan sehingga solat asar. Selepas itu, dijalankan pula latihan untuk Malam Kesenian Islam. Apakah malam kesenian Islam? Tunggu.... (^_^)

Nampaknya hari ni adik-adik sudah semakin aktif berbanding semalam yang masih malu-malu lagi :)

Selepas isyak, diadakan tayangan animasi. Tayangan ini bertajuk Kufur dan Syukur. Mengisahkan 3 pemuda yang kufur dan syukur kepada Allah SWT. Banyak pengajaran yang diperoleh daripada tayangan ini. Adik-adik juga dilihat menumpukan sepenuh perhatian ketika tayangan dijalankan.

Adik-adik,
Dalam hidup ini, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Janganlah kita bersikap kufur kerana sikap kufur adalah satu perbuatan yang tidak elok dan tidak disukai oleh Allah SWT.

Selesai minum malam, diadakan aktiviti Burung Hantu. Nampaknya ramai adik yang berdebar untuk menunggu aktiviti ini. Objektif aktiviti ini adalah untuk menanamkan sifat sentiasa mengingati Allah dalam diri adik-adik dan meletakkan kebergantungan yang paling tinggi kepada Allah SWT.



Konklusi dilakukan pada akhir aktiviti dan seterusnya adik-adik pulang ke asrama dengan semangat yang baru untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, insyaAllah.

Aktiviti bersambung esoknya..

No comments: