15 December 2011

KI : Hari Kelima (Hari Terakhir)

Assalamualaikum,

Ukhwah yang terjalin selama 5 hari ini sangat bermakna. Rasa sedih di hati kakak-kakak dan abang-abang fasi untuk berpisah dengan adik-adik.

Selesai solat subuh berjemaah, adik-adik berangkat ke asrama semula dan kemas barang-barang untuk dibawa pulang.
Kemudian, adik-adik dikehendaki pula pergi ke MPH untuk majlis penutupan.
Kelihatan ada juga ibu bapa yang telah sampai ke UTP untuk menjemput anak masing-masing.

Sebelum itu, telah diadakan ceramah motivasi untuk para ibu bapa dan anak-anak. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Hakim. Subhanallah ceramah yang sungguh berkesan sekali. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada ceramah ini.


Selepas ceramah, terus diadakan majilis penutupan. Ucapan penutupan disampaikan oleh Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin. Kata-kata beliau sarat dengan pengharapan untuk melihat adik-adik berjaya di dunia dan akhirat, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi anak yang soleh. Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penutupan maka berlabuhlah tirai Khemah Ibadah untuk tahun 2011.

Persembahan dari kumpulan adik-adik muslimin yang mendapat tempat pertama dalam MKI.

Setitis tinta daripada pihak Khemah Ibadah :

Alhamdulillah, pihak KI amat berbesar hati menerima adik-adik di sini. Kami berharap adik-adik mengamalkan ilmu-ilmu yang adik-adik belajar di sini. Jangan tinggal solat dan ingatlah selalu untuk berbakti kepada ibu bapa yang telah membimbing dan menjaga kita dengan sepenuh hati mereka. Jangan melawan kata-kata ibu bapa dan jadilah anak yang baik. Contohilah Rasulullah dan sentiasalah bertaqwa kepada Allah. InsyaAllah hidup akan bahagia di dunia dan akhirat.

Pihak kami ingin memohon kemaafan andai ada tersalah kata, tersilap langkah sepanjang Khemah Ibadah ini. Yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan tauladan. 

Waallahualam...

Syukran Jazilan..


Jumpa lagi tahun hadapan, insyaAllah..

KI, Best! KI, Best! KI, Best!
KI 2011,
Lagi Best!!
Fuh, Dekat di Hati (^_^)

No comments: