13 December 2011

KI : Hari Ketiga

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kita kesempatan untuk bernafas lagi dibumiNya pada hari ini.
Hari ini program Khemah Ibadah diteruskan lagi dengan solat subuh berjemaah dan tazkirah subuh. Selesai riadah dan bersarapan pagi, Khemah Ibadah hari in diserikan lagi dengan kuliah tajwid daripada seorang ustaz yang amat disenangi di UTP ini, Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin.

Kuliah 2 : Warrattilul Quraana Tartiila (Kuliah tajwid)

Adik-adik kelihatan ceria sepanjang kuliah dan mencatatkan nota-nota di dalam buku.


Alhamdulillah, adik-adik mendapat banyak ilmu yang bermanfaat sepanjang kuliah ini berlangsung. Teringat pantun daripada pengerusi majlis :

Pergi ke kota membeli helikopter,
Membeli helikopter di tengah kota,
Ilmu tajwid sangatlah berharga,
Untuk panduan sepanjang masa.

(^_^)
Aktiviti diteruskan lagi dengan modul kapal terbang selepas minum pagi. Adik-adik muslimin dan muslimat dikehendaki membuat satu bentuk kapal terbang dengan menggunakan setiap peserta. Objektif modul ini adalah untuk memperlihatkan bakat kepimpinan adik-adik dan kepatuhan adik-adik kepada pemimpin.

Para jurutera memberikan arahan untuk membentuk kapal terbang

Kapal terbang adik-adik muslimat

Jet adik-adik muslimin

Selesai solat zohor berjemaah, adik-adik diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing dan kakak-kakak serta abang-abang fasi akan mentasmi' hafazan surah adik-adik. Untuk KI kali ini, adik-adik diminta untuk menghafaz surah-surah lazim dari surah Ad-Dhuha sehinggalah Surah An-Nas. Dalam slot ini juga, para fasilitator diminta untuk mendengarkan bacaan Al-Fatihah adik-adik dan membetulkan apa yang salah dari segi bacaan mahupun tajwid.




Latihan untuk MKI diteruskan lagi selepas solat asar.
Selepas solat isyak, adik-adik akan melalui hari-hari yang terindah.
Apakah hari-hari yang terindah?
Hari-hari yang terindah ini adalah slot muhasabah. Adik-adik akan diberikan muhasabah bertapa pentingnya Allah, Rasulullah dan ibu bapa dalam kehidupan adik-adik. 

Bayangkan jika Allah tidak lagi mahu memberikan oksigen untuk kita hidup, Rasulullah tidak lagi mahu mengaku kita umatnya dan ibu bapa tiada lagi di dunia ini. Apakah yang akan kita lakukan adik-adik? Oleh itu, marilah kita teruskan melakukan perkara yang disukai Allah, mengamalkan dengan sunnah-sunnah Rasulullah dan berbakti kepada ibu bapa sementara masih sempat. 
Jadilah anak yang soleh (^_^)


Sama-samalah kita bermuhasabah diri tentang hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan manusia. Bukan adik-adik sahaja yang bermuhasabah, malahan, para fasilitator juga turut bermuhasabah diri.

Wallahualam.

Aktiviti bersambung besok.


No comments: