03 December 2011

7 hari lagi

Assalamualaikum,

InsyaAllah,

HARI LAGI..
sebelum KI akan bermula..

Adakah adik-adik sudah bersedia?
Kakak-kakak dan abang-abang tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan adik-adik semua.. (^_^)

Sebelum itu, di sini disertakan senarai barang keperluan adik-adik sebagai persediaan untuk ke program ini.

SENARAI BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA


1. Al Quran
2. Baju melayu sepasang
3. Songkok atau ketayap
4. Pakaian solat (telekung bagi perempuan)
5. Pakaian yang menutup aurat
6. Pakaian sukan
7. Pakaian tidur
8. Tuala dan alatan mandi (berus gigi, sabun, syampu dll)
9. Alat tulis dan buku catatan
10. Selipar
11. Ubat-ubatan jika perlu
12. Baju sejuk (mesti bawa)



BARANG-BARANG LARANGAN
1. Pakaian yang tidak menutup aurat.
2. Barang kemas dan duit yang berlebihan.
3. Alatan tajam, racun termasuk racun serangga dan alat lain yang berbahaya.
4. Mercun.  
5. Barang-barang yang diharamkan dalam Islam.
6. Telefon bimbit, pemain mp3/mp4, dan barang elektronik yang lain.

·         Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap barang-barang berharga yang dibawa oleh peserta seperti telefon bimbit, barang kemas dan sebagainya sekiranya hilang atau rosak.


BORANG PENDAFTARAN

Bagi ibu bapa/penjaga yang belum menerima borang atau kehilangannya, bolehlah memuat turun di sini (klik pada nama borang)
  1. Surat panduan KI
  2. Borang Peraturan dan Pengakuan
  3. Borang Perakuan Kesihatan
  4. Borang Kebenaran Ibu Bapa
Borang-borang ini hendaklah dicetak dan diisi kemudian dibawa pada hari pendaftaran (11/12/2011).

*Borang ini juga boleh didapati di kolum 'Borang' selari dengan kolum 'Daftar di sini' dibahagian atas blog ini.

Sekian, Terima kasih.

No comments: