09 December 2011

Diari KI : Iftar Jamaie dan TOT Hari Kedua

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kerja-kerja persiapan untuk KI kali ini makin kiat dijalankan.
Pada 8/12/2011 diadakan iftar jamaie dan TOT untuk hari kedua.
Sebelum iftar jamaie, dijalankan sedikit modul taaruf untuk para komiti dan fasi mengenali antara satu sama lain serta mengeratkan ukhwah antara komiti dan fasi.

Untuk modul taaruf, muslimin dan muslimat dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk memperkenalkan diri masing-masing dengan cara yang berbeza. Ada kumpulan yang diberi tugasan untuk berpantun, menyambung cerita dan sebagainya.
Pelbagai cara memperkenalkan diri yang kreatif dapat dilihat daripada setiap ahli.
Di samping dapat mengenal setiap komiti dan fasi, modul ini juga dapat memperlihatkan bakat seni masing-masing. (^_^)


Tekun.. fasi dan komiti berbincang dalam kumpulan apa yang ingin dilakukan



Menarik.. fasi dan komiti muslimin dan muslimat memperkenalkan diri masing-masing

Modul ini tamat pada pukul 7.10 malam dan selepas azan maghrib, para komiti dan fasi bersama-sama berbuka puasa.

Pada waktu malam, diadakan pula TOT untuk hari yang kedua. Pada malam ini, komiti dan fasi diberi taklimat dengan lebih mendalam lagi tentang cara-cara mengendalikan aktiviti bersama adik-adik. Fasi-fasi tekun mendengar taklimat yang disampaikan agar dapat memberikan yang terbaik untuk adik-adik. InsyaAllah, banyak modul yang menarik dan bermanfaat menanti adik-adik.

KI, 2 HARI LAGI!!! (^_^)
Tak sabarnya !

Waallahualam.

No comments: