14 December 2011

KI : Hari Keempat

Assalamualaikum,

Apa khabar hari ini?
Hari ni sudah pun masuk hari keempat. Maknanya, besok merupakan hari terakhir kakak-kakak dan abang-abang fasilitator dapat bersama dengan adik-adik. :(

Adik-adik sudah semakin aktif dan rapat sesama sendiri dan juga fasi. Tidak lagi segan-segan seperti hari pertama. Alhamdulillah.

Hari ini diteruskan dengan qiammullai dan seterusnya solat subuh berjemaah.

Pada pukul 9.30 pagi, telah diadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh kaunselor UTP, Tuan Haji Jalil. Subhanallah, ceramah yang begitu bersemangat dari Tuan Haji. Adik-adik juga turut terdorong untuk terus bersemangat untuk menjadi anak yang soleh. InsyaAllah. Ceramah motivasi ini bertajuk 'Tips Pelajar Cemerlang dan Akhlak Terpuji'. Banyak input yang berguna yang adik-adik dapat daripada ceramah ini untuk diaplikasikan di rumah nanti.




Selepas minum pagi, adik-adik diasingkan mengikut umur. Adik sekolah rendah akan menjalankan modul binaan tertinggi manakala adik-adik sekolah menengah akan meneroka sekitar UTP. Hal ini untuk memberikan motivasi dan pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah tentang alam universiti. 



Modul binaan tertinggi

Selepas asar, diadakan latihan untuk MKI. Kemuncak nya adalah malam ini. MKI ialah satu slot di mana adik-adik dapat mempersembahkan bakat dan kreativiti adik-adik dalam membuat persembahan. Di dalam Islam juga, tidak dilarang untuk berhibur asalkan tidak melanggar batasan syariat.

Teringat lirik daripada lagu nasyid :

Berhibur tiada salahnya
Kerana hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah.

Selepas isyak, MKI untuk adik-adik muslimin akan dijalankan di Undercroft manakala adik-adik muslimat pula di D4. Subhanallah setelah 2 hari berlatih, akhirnya adik-adik akan mempersembahkan kreativiti masing-masing. Semuanya kelihatan seronok semasa MKI. Antara memori yang tidak dapat dilupakan semasa KI.




Seusai KI, adik-adik pun pulang ke asrama masing-masing dan berkemas untuk pulang pada keesokan harinya.

InsyaAllah nantikan hari esok.

p.s : Kakak-kakak dan abang-abang fasi rasa sedih nak berpisah dengan adik-adik.


No comments: