08 December 2011

Diari KI : Training of Trainer (TOT) Hari Pertama

Assalamualaikum,

Khemah Ibadah hanya 3 HARI sahaja lagi!!
Masa terasa begitu pantas berlalu. Kakak-kakak dan abang-abang di sini sudah tidak sabar-sabar hendak bertemu dengan adik-adik.

Untuk kelancaran KI kali ini, para fasilitator dan komiti telah menjalani Training of Trainers (TOT) pada 7/12/2011 jam 9.30 malam sehingga 11.00 malam. TOT ini merupakan latihan kepada para fasilitator dan komiti. Kesannya, para fasilitator dan komiti semakin memahami apakah pendekatan dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa program berlangsung.

Pada hari pertama, para fasilitator dan komiti diberi pendedahan mengenai pembawakan untuk Khemah Ibadah kali ini dan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

Sebelum TOT bermula, para fasilitator dan komiti mendengar amanat daripada Pengarah Khemah Ibadah, Akh Shafiq Nor.


Menarik.. Akh Arif Aizuddin, memberikan sedikit perkongsian tentang aktiviti sepanjang KI.



Bersemangat.. 2 fasilitator memberikan tunjuk ajar kepada fasilitator tentang gaya tagline KI.

Khemah Ibadah 2011, Lagi Best!! Fuhhh!!! (^_^)



Khusyuk.. fasi dan komiti muslimin mendengar 'briefing'

Terpancar jelas kegembiraan dan bertambah rasa teruja di wajah para fasi dan komiti untuk bertemu dengan adik-adik selepas TOT berlangsung.. Banyak yang fasi dan komiti pelajari. Tambahan lagi, pelbagai modul menarik yang akan dijalankan untuk KI kali ini. Nak tahu apa dia? Kena tunggu.... (^_^)

InsyaAllah semuanya bermanfaat dan banyak pengalaman yang menarik dapat diperoleh di sini..

(^_^)


No comments: